Selasa, 19 Februari 2013

cara membuat Kue melati


Kue melati


Bahan-bahan ( (bergantung pada cara tekan) )
  • 250g butter
  • 350g tepung jagung (cap kupu2, dlm tin oren)
  • 100g tepung ubi
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • kismis hitam dipotong kecil [untuk hiasan]
Cara-cara
  1. Pukul telur, susu, gula, esen vanila dan butter sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung jagung dan uli sebentar.
  3. Masukkan pula tepung gandum dan gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat di tangan.
  5. Tak perlu di habiskan tepung ubi jika doh dah tak melekat di tangan. klau masih tak cukup tepung, tambah tepung jagung sedikit2..
  6. Terap dengan acuan bunga cina dan hias dengan kismis hitam..
  7. Bakar sehingga masak pada suhu 150~180'C selama 10~15 minit [bergantung pada kepanasan oven]

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar